Syabas & Tahniah atas Tempat Pertama Catur Bercampuran
Pada 1 November yang lalu, bertempat di Bilik Latihan 2, Aras 6 Kkm, Ukm. Atlet wakil Kolej Ke-13 telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dalam acara Catur Bercampuran bersempena Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM).
Kolej Ke-13 merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan merangkul Tempat Pertama (Pingat Emas). Dedikasi dan ketenangan yang dipamerkan adalah bukti semangat juang tinggi warga Outlanders.
“Outlanders Maju”