LOGO

"Cemerlang, Gemilang, Terbilang"

Syabas & Tahniah: Kecemerlangan Permata Zain 13 Di Pentas SUKEM UKM 2024

Seluruh warga Kolej Ke-13 (Permata Zain 13) merakamkan setinggitinggi ucapan tahniah dan syabas kepada atlet olahraga wanita kita atas kejayaan cemerlang merangkul Pingat Perak dalam acara 3000 Meter Perempuan di Kejohanan Sukan Antara Kolej (SUKEM) UKM 2024.

Kejayaan yang amat membanggakan ini adalah bukti nyata komitmen tinggi, disiplin yang kental, serta semangat juang tanpa kalah yang menjadi identiti warga Permata Zain 13. Semoga pencapaian hebat ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga kolej untuk terus memacu kecemerlangan dalam bidang sukan dan mengharumkan nama kolej di peringkat universiti.