Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil Kolej ke-13 yang telah berjaya merangkul gelaran Johan dalam Pertandingan Busana ASEAN! Kejayaan ini amat membanggakan seluruh warga kolej. Usaha gigih, kreativiti, dan pesona yang ditampilkan di atas pentas nyata membuahkan hasil yang cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus menabur bakti dan melakar lebih banyak kejayaan buat kolej pada masa akan datang. Teruskan kecemerlangan anda!
