Jenayah Pekerjaan di Malaysia
JENAYAH PEKERJAAN DI MALAYSIA
ISBN 978-629-486-159-6
MYR40.00
Book Details
Author/Editor: Mohd Nasir Selamat, Daniella Mokhtar & Mohammad Rahim Kamaluddin
Pages: 185
Year of Publication: 2024
Description:
Buku Jenayah Pekerjaan di Malaysia adalah sebuah buku yang membincangkan dan mendedahkan realiti kes-kes jenayah pekerjaan serta industri yang dihadapi dalam dunia pekerjaan di Malaysia. Istilah jenayah pekerjaan yang digunakan melambangkan perkara negatif yang boleh memberi kesan sampingan kepada pihak terlibat terutama pekerja, majikan dan pihak yang berhubung kait dengan organisasi itu sendiri. Istilah tersebut merujuk kepada salah laku dan penyelewengan sepanjang aktiviti kerja yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sama ada peringkat pekerja mahupun majikan terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya hingga memberi kesan kepada pihak lain, antara yang dibincangkan adalah seperti jenayah pemerdagangan manusia untuk buruh kasar, salah laku pengambilan pekerja asing tanpa permit, tingkah laku tidak produktif dalam organisasi, buli di tempat kerja, gangguan seksual, jenayah salah laku rasuah, keganasan di tempat kerja dan seumpamanya. Isu-isu terkini juga merupakan inti pati yang cuba diketengahkan dalam karya dalam setiap bab dalam buku ini. Buku ini akan mengupas satu persatu topik berkaitan dengan masalah pekerjaan beserta kes-kes realiti yang berlaku dan disokong oleh kajian imperikal sama ada daripada dalam mahupun luar negara. Diharapkan naskah buku ini dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk pekerja, majikan, pihak pengurusan sumber manusia organisasi dan pihak berkepentingan seperti Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja dan Polis Diraja Malaysia dalam usaha menangani isu-isu jenayah pekerjaan di Malaysia.
This book discusses and exposes the reality of occupational crimes and industry-related issues faced in the Malaysian workplace. The term “occupational crimes” here symbolises negative actions that can have side effects on the involved parties, especially employees, employers, and those connected to the organisation. This term refers to misconduct and wrongdoing in the workplace by irresponsible employees or employers, violating their duties and impacting others. Among the topics discussed are crimes such as human trafficking for labour, misconduct in hiring foreign workers without permits, unproductive behaviour in organisations, workplace bullying, sexual harassment, corruption-related misconduct, workplace violence, and the like. Current issues are also a core focus highlighted in each chapter of this book. The book will delve into each topic related to workplace problems, supported by real-life cases and empirical studies from within and outside the country. Intended to be a valuable reference and guide, this book is particularly relevant for employees, employers, human resource professionals, and policymakers. It also serves as a resource for stakeholders such as the Ministry of Human Resources, the Department of Labour, and the Royal Malaysia Police in their efforts to combat occupational crimes and promote ethical workplace practices in Malaysia.
BISAC Subject Code(s): TRU005000
Category: Sociology





