Melakar Masa Depan Ekonomi Malaysia dalam Landskap Global Baharu Pengukuhan Pertumbuhan dan Daya saing

MELAKAR MASA DEPAN EKONOMI MALAYSIA DALAM LANDSKAP GLOBAL BAHARU PENGUKUHAN PERTUMBUHAN DAN DAYA SAING

ISBN 978-629-486-180-0

MYR25.00

 

Book Details 

Author/Editor: Noor Azlan Ghazali

Pages: 129

Year of Publication: 2024

Description: 

Buku ini mengupas topik berkaitan pertumbuhan dan daya saing negara. Kejayaan lampau tidak menjanjikan masa depan yang sentiasa cerah. Namun, ia adalah asas loncatan yang kukuh yang perlu dimanfaatkan untuk meneruskan kecemerlangan pembangunan negara. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berpendapatan tinggi menuntut Malaysia menangani segera beberapa aspek utama ekonomi negara. Bagi melakar masa depan negara yang cemerlang, dihormati sebagai antara peneraju ekonomi, Malaysia perlu segera melaksanakan empat kemestian, iaitu tatacara melaksanakan peranan kerajaan mesti diubah bersesuaian dengan kewujudan masyarakat baharu; struktur penciptaan kekayaan mesti dianjak menepati ciri ekonomi semasa dan masa hadapan; kualiti dan keupayaan modal insan serta kecekapan pasaran buruh mesti dipertingkatkan bagi mendorong kemahiran dan produktiviti; dan daya saing negara mesti diperkukuhkan supaya Malaysia menjadi lokasi pilihan utama pelabur dan bakat berkualiti tinggi. Kualiti pertumbuhan dicapai semestinya juga bersifat mampan dan mesra alam, tidak mengurangkan potensi pertumbuhan generasi akan datang dan juga bersifat terangkum, memanfaatkan semua lapisan masyarakat dan wilayah. Di samping itu, beberapa isu khusus-Malaysia antaranya keseimbangan wilayah, kedudukan fiskal dan kestabilan politik mestilah ditangani secara serentak.

 

This book delves into topics related to national growth and competitiveness. Past successes do not guarantee a perpetually bright future. However, they provide a strong foundation that must be leveraged to sustain the nation’s developmental excellence. Transforming Malaysia into a high-income developed nation demands immediate attention to several key aspects of the country’s economy. To position Malaysia as a globally respected economy, it is imperative to implement four critical measures: the government’s role must be redefined to align with the emergence of a new society; the structure of wealth creation must be realigned to fit the characteristics of the current and future economy; the quality and capability of human capital, as well as labour market efficiency, must be enhanced to drive skills and productivity and national competitiveness must be strengthened to make Malaysia the preferred location for investors and top-tier talent. The quality of growth achieved must also be sustainable and environmentally friendly, not diminishing the growth potential of future generations, and inclusive, benefiting all segments of society and regions. Additionally, several Malaysia-specific issues, such as regional balance, fiscal position, and political stability, must be addressed simultaneously.

Prelims

BISAC Subject Code(s): BUS022000

Category: Economy 

Category: Brand: ,