Majlis Pemakaian Pangkat Kepada Anggota Bahagian Keselamatan/Polis Bantuan UKM (1/7/2024)
Pada 1 Julai 2024 telah berlangsung majlis pemakaian pangkat, penyerahan sijil tamat latihan dan pemakaian lencana dron dan menyelam kepada anggota Bahagian Keselamatan/Polis Bantuan UKM. Seramai 10 anggota yang terlibat bagi majlis yang diadakan pada pagi ini.
Untuk makluman, seramai 3 anggota telah berjaya menamatkan Kursus Asas Polis Bantuan yang diadakan di PULAPOL Dungun, Terengganu bagi siri yang ke-3. Manakala seramai 5 anggota telah berjaya menamatkan kursus pengendalian dron selama dua hari di Technology Park Malaysia Bukit Jalil. Seterusnya 1 anggota telah menamatkan Kursus Menyelam( scuba diving) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi serta 1 orang anggota telah dinaikkan pangkat kepada KP14.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs Tuan Haji Zainudin Mohd Daud, Menjalankan Fungsi Pendaftar dan diiringi Ybhg Mejar (B) Dato’ Asri Ahmad, Pengarah Bahagian Keselamatan. Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pendaftar yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada Bahagian Keselamatan dalam menaikkan imej keselamatan di UKM ini.