Taklimat First Aid Kit dan CPR Anggota Bahagian Keselamatan/Polis Bantuan UKM (4/7/2024)
Bahagian Keselamatan/Polis Bantuan telah mengadakan Taklimat First Aid Kit dan CPR yang dibantu oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) khusus untuk anggota Bahagian Keselamatan/Polis Bantuan UKM yang diadakan di Bilik Latihan Aras 2, Bangunan Tun Fatimah Hashim. Pasukan PKU yang di ketuai oleh Dr Muhammad Najid telah memberikan taklimat dan praktikal CPR dan menunjukkan cara penggunaan mesin AED kepada anggota Keselamatan UKM yang hadir. Program ini telah di rasmikan oleh YBhg. Mejar (B) Dato Asri bin Ahmad, Pengarah Bahagian Keselamatan UKM dan di iringi oleh YBrs. Tuan Muhammad Syakir Iskandar bin Muzakir, Pegawai Keselamatan UKM. Semoga segala ilmu yang di perolehi dapat memberi manfaat kepada anggota dalam menjalankan tugas seharian sekiranya di perlukan.