Penambahan Aset Operasi – All-Terrain Vehicle(ATV)
Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UKM telah menerima penambahan aset baharu berupa dua buah kenderaan jenis All-Terrain Vehicle (ATV). Pembelian ini adalah sebahagian daripada inisiatif penambahbaikan keupayaan operasi rondaan keselamatan di kawasan hutan, ladang dan kebun sawit sekitar kampus.
ATV ini akan digunakan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tugas pemantauan di kawasan yang sukar diakses oleh kenderaan biasa, sekali gus memperkukuh keselamatan menyeluruh di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Keselamatan merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan dalam memperkasa peranan kami demi keselamatan kampus yang lebih terjamin.