Taklimat Dan Amanat Pendaftar Kepada Peserta KAPB Siri 11/2025
Bahagian Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia, atas kesudian menyampaikan taklimat dan amanat khas kepada para peserta Kursus Asas Polis Bantuan Siri 11/2025 yang akan berlangsung di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Dalam amanat beliau, Tuan Haji Zanudin menekankan kepentingan integriti, disiplin, tanggungjawab serta semangat berpasukan dalam melaksanakan amanah sebagai anggota keselamatan universiti. Beliau turut menyeru agar setiap peserta menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman sepanjang kursus dengan penuh dedikasi serta menjadikan kursus ini sebagai platform untuk membina jati diri dan kepimpinan yang cemerlang.
Semoga amanat dan pesanan yang disampaikan menjadi dorongan kepada semua peserta untuk terus berkhidmat dengan penuh komitmen, berdisiplin dan berintegriti demi menjaga keselamatan serta keharmonian kampus.