Kursus Asas Pengendalian T-Baton dan Gari 2025
Bahagian Keselamatan UKM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada anggota Bahagian Keselamatan yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pengendalian T-Baton dan Gari yang berlangsung selama 5 hari, bermula 23 Ogos 2025 hingga 27 Ogos 2025 bertempat di Pusat Latihan dan Kemudahan PPP UKM Tanjong Karang.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh INSP/PB Abdol Samat Atan, disusuli dengan ucapan penghargaan kepada tiga orang jurulatih yang diketuai oleh Sarjan Mejar Mohd Shaiful Naim Baharin atas kepakaran dan bimbingan yang diberikan sepanjang kursus ini.
Tidak dilupakan, penghargaan setulusnya kepada semua anggota Bahagian Keselamatan yang sanggup berkorban tenaga, masa dan komitmen sepanjang 5 hari latihan. Semangat dan dedikasi yang ditunjukkan membuktikan bahawa anggota keselamatan UKM sentiasa bersedia memperkukuh kemahiran demi menjamin keselamatan kampus tercinta.
Tahniah sekali lagi dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kursus ini.