Bahagian Keselamatan UKM

 Keselamatan Tanggungjawab Bersama

Lawatan JPJKK Bukit Aman ke Bahagian Keselamatan UKM

15 Oktober 2025

Bahagian Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pihak JPJKK untuk menilai, meninjau serta memperkukuh tahap keberkesanan operasi keselamatan di bawah kelolaan PDRM di pelbagai agensi, termasuk institusi pengajian tinggi.
 
Antara pengisian utama lawatan ini ialah pemeriksaan terhadap struktur organisasi dan pelaksanaan tugas agensi keselamatan yang bernaung di bawah PDRM, mengeratkan hubungan kerjasama antara PDRM dan Bahagian Keselamatan UKM, serta memastikan kesiapsiagaan anggota berada pada tahap terbaik bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keselamatan di kampus.
 
Lawatan ini turut menjadi platform bagi pihak Bahagian Keselamatan UKM untuk berkongsi amalan terbaik, cabaran semasa serta pendekatan strategik yang dilaksanakan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga universiti sentiasa terjamin.
 
Bahagian Keselamatan UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JPJKK Bukit Aman atas kesudian meluangkan masa serta memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang amat bermakna. Semoga hubungan erat antara Bahagian Keselamatan UKM dan PDRM terus diperkukuh ke arah memperkasakan aspek keselamatan dan ketenteraman di universiti.