PEMAKLUMAN PENUTUPAN BUKAAN PEMBAHAGI JALAN (MEDIAN) DI HADAPAN PINTU 2 UKM BANGI
PEMAKLUMAN PENUTUPAN BUKAAN PEMBAHAGI JALAN (MEDIAN) DI HADAPAN PINTU 2 UKM BANGI
PERHATIAN WARGA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Dimaklumkan bahawa bukaan pembahagi jalan (median) di hadapan Pintu 2, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi akan ditutup berkuat kuasa:
1 Oktober 2026 (Khamis)
Sehubungan itu, warga UKM dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan serta menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian bagi memastikan kelancaran pergerakan keluar masuk ke kampus.
Kerjasama dan perhatian semua warga UKM amat dihargai bagi memastikan aspek keselamatan dan kelancaran trafik sentiasa terpelihara.