Lawatan dan Rundingcara JPA dan KPT ke Bahagian Keselamatan (29/04/24)
Bahagian Keselamatan UKM telah menerima Sesi Lawatan dan Rundingcara JPA dan KPT ke Wisma Aman.
Sesi lawatan ini telah disertai oleh wakil dari JPA iaitu Encik Mohd Azryil Azimie Mohamed Majmin (ketua Penolong Pengarah Bahagian Perjawatan dan Operasi), Puan Nurini Binti Perdana (ketua Penolong Pengarah Bahagian Perjawatan dan Operasi) dan Puan Nadia Binti Shohaimay (Penolong Pengarah Bahagian Perjawatan dan Operasi. Dari KPT pula telah diwakili oleh Puan Fara Waheedah Ahmad (Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Puan Humairaa Md Fuad (Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) dan Cik Qurratuainie Mohd Zubir (Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia).
Kehadiran rombongan dari JPA dan KPT ini telah disambut oleh Tuan Hj Zanudin Mohd Daud, Pemangku Pendaftar UKM dan Tuan Pengarah Bahagian Keselamatan UKM, Mejar (B) Dato Asri Ahmad serta Ketua-ketua Unit Bahagian Keselamatan UKM.

