Bahagian Keselamatan UKM

 Keselamatan Tanggungjawab Bersama

Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2024 Pulapol Dungun (10/03/24)

Tahniah diucapkan kepada 3 anggota Bahagian Keselamatan UKM yang telah berjaya menamatkan latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2024 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu.

Kini, seramai 28 anggota Polis Bantuan UKM telah menjalani Kursus Asas Polis Bantuan. Semoga ini menjadi titik permulaan terbaik buat Bahagian Keselamatan UKM.