Bahagian Keselamatan UKM

 Keselamatan Tanggungjawab Bersama

Program Ceramah Kesedaran Bebas Rasuah oleh Unit Integriti dan Ombudsman (07/03/24)

Bahagian Keselamatan UKM telah menganjurkan satu ceramah yang bertajuk Ceramah Kesedaran Bebas Rasuah untuk anggota keselamatan UKM yang telah diadakan di Auditorium Kompleks Kesatria, UKM.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Rajan A/L Munusamy, Ketua Pentadbiran Unit Integriti dan Ombudsman UKM dan turut dihadiri oleh Pengarah Keselamatan, Mejar (B) Dato’ Asri Ahmad. Setelah selesai ceramah yang disampaikan oleh Encik Rajan, semua peserta telah bersama-sama membaca Ikrar Integriti yang diketuai oleh SM/PB Mohd Nurqayyum Nawi.