Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Latar Belakang BK, KKL

Latar Belakang Keselamatan KKL

Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur diperingkat awalnya merupakan salah satu jabatan di dalam Hospital Canselor Tuanku Muhriz sejak dari awal penubuhannya dan dikenali sebagai Jabatan Keselamatan HCTM, walaubagaimanapun era masa kini menuntut perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada semua pelanggan bukan sahaja meliputi HCTM, malah terhadap semua entiti yang berada di Kampus Kuala Lumpur. Justeru UKM telah mengangkat Keselamatan menjadi sebahagian dari pengurusan Kampus Kuala Lumpur bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan UKM  

Mulai 17 Mac 2020 Mesyuarat Jawatan Pengurusan Universiti, Jabatan Keselamatan ditukarkan kepada Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur berkuatkuasa 01 April 2020 yang diketuai oleh Tuan Khairulisham B. Mat .

Penstrukturan semula KKL telah diluluskan oleh LPU dan juga MJPU berkuatkuasa mulai 01 April 2020, terdapat perubahan besar kepada struktur Bahagian keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM. Sesuai dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti LPU Bil. 8/2019 pada 07 November 2019, pihak Universiti telah bersetuju penstruturan KKL dikekalkan dengan beberapa modifikasi terhadap struktur organisasinya. Mulai 01 April 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan  Universiti Bil. 6/2020 17 Mac 2020 telah bersetuju untuk struktur baharu Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur.

Peranan dan fungsi Bahagian Keselamatan di bawah pejabat Pro Naib 

Canselor KKL.

Mulai 1 April 2020 sehingga 11 Julai 2022 , Tuan Khairulisham B. Mat dilantik sebagai Ketua Bahagian Kampus Kuala Lumpur UKM. Ketua Bahagian Keselamatan KKL sekarang adalah Kapt. (B) Hamon Rafiz B. Abd Hamed. Senarai di cawangan di bawah Bahagian Keselamatan: 

  1. Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur (BKS KKL)
  • Pentadbiran Kampus Kuala Lumpur
  • Cawangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
  • Cawangan Raja Muda
  • Cawangan Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK)