Perjumpaan Staf Gred JA Bersama Presiden KESUKMA
BANGI, 16 Mac 2026 – Satu sesi perjumpaan khas melibatkan Staf Gred JA telah diadakan bersama Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan, peranan serta pembangunan staf pelaksana di UKM.
Presiden KESUKMA dalam ucapannya menegaskan bahawa staf pelaksana memainkan peranan penting sebagai tulang belakang kepada kelancaran operasi universiti. Melalui sesi interaksi yang berlangsung secara terbuka dan konstruktif, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh peserta sebagai usaha memperkukuhkan lagi sistem sokongan kepada staf pelaksana.
Semoga segala isu-isu yang dibincangkan dapat memperkukuh hubungan antara kesatuan dan warga staf serta menjadi platform berterusan untuk meningkatkan kesejahteraan dan profesionalisme staf di UKM.
Hadir sama dalam sesi ini iaitu Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja (AMJK) KESUKMA, Encik Muhammad Farid dan Encik Muhd Nuurul Iman
FB: Perjumpaan Staf Gred JA Bersama Presiden KESUKMA

FB: https://www.facebook.com/share/p/1Fm77ttro7/