Perjumpaan KESUKMA Bersama Pengurusan PTM 2025


KESUKMA UKM menyantuni Ahli yang telah bersara. Dalam kesempatan ini, KESUKMA telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan Persaraan berjumlah RM500.00 setiap seorang iaitu kepada Encik Md. Said Ab.Ghani (FST) dan Puan Noraidah Selamat – (wakil anak) (PTSL) Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah disumbangkan kepada UKM dan juga KESUKMA.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Barudin Bin Baharin, Presiden KESUKMA atas pelantikan sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi UNIKEB Berhad (Sesi 2026 – 2029). Semoga pelantikan ini membawa lembaran baharu yang penuh kecemerlangan, serta dipermudahkan segala urusan dalam memikul amanah demi kemajuan koperasi dan kebajikan kita bersama. Ikhlas daripada Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja serta seluruh ahli…
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) mengadakan perjumpaan bersama Norini Mohamad, Bendahari UKM sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh jalinan kerjasama serta komunikasi antara pihak kesatuan dan pengurusan universiti. Perjumpaan ini telah membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan kakitangan am, terutamanya yang melibatkan aspek kewangan. Diharapkan agar hasil daripada kunjungan hormat ini dapat memberikan impak positif…
Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan merangka cadangan penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan dalam sektor perubatan dan kesihatan agar lebih relevan dan kompetitif. Pelbagai isu berkaitan struktur gaji, laluan kerjaya, beban tugas serta kebajikan penjawat awam dalam gred berkaitan turut dibincangkan secara mendalam. Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah menghantar empat orang wakil untuk…
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) antara 500 penjawat awam Zon Tengah yang menyertai Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara Bersama Warga Perkhidmatan Awam, yang berlangsung di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor bagi memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi negara dengan penjawat awam. UKM dihadiri oleh…
Encik Barudin Baharin, Presiden bersama barisan kepimpinan Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) mengadakan Sesi Kunjung Hormat ke Pejabat Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM pada 7 Julai 2026. Delegasi KESUKMA disambut mesra daripada YBhg. Datoโ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM bersama pengurusan meluangkan masa menerima kunjungan ini. Pertemuan ini memfokuskan kepada isu-isu…