Sumbangan Kebajikan Persaraan Kepada Ahli KESUKMA


Satu perjumpaan rasmi telah diadakan antara Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg. Prof. Dr. Sufian Jusoh, bersama barisan kepimpinan Kesatuan Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) dalam usaha memperkukuh kerjasama serta membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan warga kerja universiti. Perjumpaan yang berlangsung pada 12 Jun 2025 di Danau UKM ini telah disambut oleh kepimpinan KESUKMA. Pejumpaan…
Dalam kesempatan ini, KESUKMA UKM telah menyampaikan Manfaat Persaraan berjumlah RM500.00 setiap seorang kepada Encik Ruslan Md Yusop (FST), Encik Mohd Nizam Isa (Unit Media HCTM) dan Puan Sarinah Nayan (Bendahari). KESUKMA mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan jasa selama menjadi ahli serta staff UKM. Semoga terus maju jaya.
Isu pakaian seragam sering menjadi persoalan dalam kalangan staf. Siapa yang benar-benar layak? Apakah garis panduan sebenar? Jom bersama Presiden KESUKMA dalam sesi perbincangan terbuka untuk mendapatkan penjelasan, berkongsi pandangan dan mencari solusi terbaik demi kebajikan bersama. Tarikh: 5 Mac 2026 (Khamis)Masa: 10.00 PagiAtas Talian : (Zoom) https://bit.ly/SembangSolusiPresidenMeeting ID: 999 5675 1770Passcode: 894498 Ayuh sertai…
Delegasi KESUKMA disambut mesra oleh pengurusan tertinggi Koperasi UKM yang diketuai oleh Encik Abdul Hajis Yusof, Pengurus Besar UNIKEB. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar pandangan, memahami struktur operasi koperasi, serta mengenal pasti ruang kolaborasi yang boleh memberi manfaat kepada warga kerja UKM. Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak menyentuh pelbagai aspek termasuk peluang penawaran produk dan…
Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan merangka cadangan penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan dalam gred berkaitan agar lebih relevan dan kompetitif. Pelbagai isu berkaitan struktur gaji, laluan kerjaya, beban tugas serta kebajikan penjawat awam dalam gred berkaitan turut dibincangkan secara mendalam.Bengkel anjuran CUEPACS ini telah berjaya menggabungkan 32 Kesatuan yang mempunyai Gred berkaitan dengan peserta seramai…
Kesatuan Kakitangan UKM (KESUKMA) telah mengadakan Sesi Edaran Bubur Lambuk dan juadah berbuka kepada Warga UKM khususnya ahli kesatuan UKM pada 24 Mac 2025 (Isnin) di Foyer PERSADA Canselori. Alhamdulillah syukur tradisi menyantuni warga ini diharap dpt mengeratkan lagi ukhwah sesama insan. Sebanyak 350 Bungkus bubur dan juadah telah diedarkan.