Sesi Edaran Bubur Lambuk dan Kuih Berbuka KESUKMA 2025


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) antara 500 penjawat awam Zon Tengah yang menyertai Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara Bersama Warga Perkhidmatan Awam, yang berlangsung di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor bagi memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi negara dengan penjawat awam. UKM dihadiri oleh…
Adalah dimaklumkan, satu perjumpaan telah diadakan antara wakil Kesatuan Kakitangan UKM (KESUKMA), Pengurusan Tertinggi Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan Bahagian Sumber Manusia UKM bagi membincangkan hala tuju skim perkhidmatan Juruteknik Komputer (FT) pagi tadi di Bilik Teratai, PTM. Perjumpaan ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan semasa serta penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa peranan juruteknik…
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 1/2025 antara Pengurusan Tertinggi UKM dengan PKAUKM, PERTADI, KESUKMA, dan PAKAT telah berlangsung pada 11 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Canselori. Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam membincangkan pelbagai usul perkara termasuk kebajikan dan kesejahteraan warga UKM, penambahbaikan persekitaran kerja, serta cadangan strategik bagi meningkatkan sokongan kepada komuniti universiti….
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) hari ini telah menerima Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 bernilai RM20,000.00 daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia yang berlangsung di Wyndham Acmar, Klang Selangor.ย Sesi penyerahan geran ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia. Geran ini merupakan…
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) mengadakan perjumpaan bersama Norini Mohamad, Bendahari UKM sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh jalinan kerjasama serta komunikasi antara pihak kesatuan dan pengurusan universiti. Perjumpaan ini telah membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan kakitangan am, terutamanya yang melibatkan aspek kewangan. Diharapkan agar hasil daripada kunjungan hormat ini dapat memberikan impak positif…
Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan merangka cadangan penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan dalam sektor perubatan dan kesihatan agar lebih relevan dan kompetitif. Pelbagai isu berkaitan struktur gaji, laluan kerjaya, beban tugas serta kebajikan penjawat awam dalam gred berkaitan turut dibincangkan secara mendalam. Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah menghantar empat orang wakil untuk…