Konvensyen Kampus Lestari 2019

 Just another WordPress site

Penyertaan Program

Penyertaan KKL2019 adalah dibuka berdasarkan perkara berikut:

  1. Pembentangan Lisan ( Akademik dan Profesional sahaja)
  2. Peserta Pertandingan Pameran (Terbuka)
  3. Peserta Pertandingan Poster (IPT dan Sekolah sahaja)
  4. Peserta Pertandingan Pembentangan Lisan (IPT dan Sekolah sahaja)
  5. Peserta Penjelajahan Ekosistem UKM (Terbuka) – penyertaan terhad
  6. Peserta Biasa (Terbuka)

Pendaftaran penyertaan adalah PERCUMA dan dibuat secara online di https://goo.gl/forms/RwUdlPL3yNGCHCWF2


PANDUAN PENYERTAAN

Pembentangan Lisan (Sesi Akademik dan Profesional)

  • Pembentangan boleh dilaksanakan sekitar 10 minit.
  • Pembentangan boleh dilakukan sama ada dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Para pembentang diminta untuk melaksanakan pembentangan menggunakan slide powerpoint.
  • Para pembentang dimohon untuk mengisi borang penyertaan secara atas talian ( https://goo.gl/forms/RwUdlPL3yNGCHCWF2 ) bersama abstrak/ringkasan pembentangan yang mengandungi tajuk, nama pembentang, nama organisasi dan ringkasan (panjangnya tidak melebihi 1 muka surat A4, Font Times New Roman 11, Single Spacing) sebelum atau pada 12 April 2019. <TEMPLATE ABSTRAK>

Pertandingan Pembentangan Lisan (Sesi IPT dan Sekolah)

Syarat-Syarat:

  • Terbuka kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah.
  • Pembentangan lisan yang meliputi pelbagai aspek amalan, proses dan perancangan bagi melestarikan persekitaran kampus samada ada telah atau akan dilaksanakan.
  • Pembentangan boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan sekitar 10 minit. Walaubagaimana pun ia tertakluk kepada bilangan penyertaan. Jika penyertaan amat menggalakkan, penganjur akan menukar format pembentangan kepada Bicara Tuntas (pitching) selama 5 minit.
  • Pembentangan boleh dilakukan sama ada dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Para pembentang diminta untuk melaksanakan pembentangan menggunakan slide powerpoint.
  • Para pembentang dimohon untuk mengisi borang penyertaan secara atas talian ( https://goo.gl/forms/RwUdlPL3yNGCHCWF2 ) bersama abstrak/ringkasan pembentangan yang mengandungi tajuk, nama pembentang, nama organisasi dan ringkasan(panjangnya tidak melebihi 1 muka surat A4, Font Times New Roman 11, Single Spacing)sebelum atau pada 12 April 2019. <TEMPLATE ABSTRAK>

Kriteria Pemarkahan

  • Elemen Kelestarian  (50%)
  • Kreativiti dan Inovasi (40%)
  • Kaedah Penyampaian (10%)

Pertandingan Poster

Syarat-syarat:

  • Terbuka kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah.
  • Kandungan poster mestilah meliputi amalan kelestarian yang diamalkan termasuklah pengenalan, kaedah/proses dan juga hasil amalan kelestarian yang dilaksanakan.
  • Poster perlu dicetak sendiri oleh peserta pada saiz A1 (keadaan portrait/menegak). Kos cetakan adalah dibawah tanggungan peserta.
  • Para peserta dimohon untuk mengisi borang penyertaan secara atas talian ( https://goo.gl/forms/RwUdlPL3yNGCHCWF2 ) bersama abstrak/ringkasan pembentangan yang mengandungi tajuk, nama pembentang, nama organisasi dan ringkasan (panjangnya tidak melebihi 1 muka surat A4, Font Times New Roman 11, Single Spacing)sebelum atau pada 12 April 2019. <TEMPLATE ABSTRAK>

Kriteria Pemarkahan

  • Elemen Kelestarian (50%)
  • Kreativiti dan Inovasi(40%)
  • Keunikan/rekabentuk (10%)

Pertandingan Pameran

Syarat- Syarat

  • Pameran adalah berkaitan dengan inovasi amalan kelestarian ke arah kampus yang lestari.
  • Terbuka kepada semua.
  • Pihak penganjur berhak menentukan penempatan booth pameran pempamer.
  • Hendaklah beroperasi sepanjang (2) dua hari yang telah ditetapkan.
  • Peserta perlu membawa peralatan sendiri untuk menyediakan pameran.
  • Keselamatan dan kebersihan tapak pameran adalah di bawah tanggungjawab pempamer sendiri sepanjang program berlangsung. Walaubagaimana pun pihak penganjur akan membantu.
  • Penganjur akan menyediakan sebuah papan pameran (saiz 4 x 6 kaki), 1 meja (Saiz 2 x 4 kaki) dan 2 kerusi.
  • Para peserta dimohon untuk mengisi borang penyertaan secara atas talian ( https://goo.gl/forms/RwUdlPL3yNGCHCWF2 )

Kriteria Pemarkahan

  • Elemen Kelestarian (40%)
  • Kreativiti dan Inovatif (35%)
  • Persembahan dan Demonstrasi (25%)