Seluruh warga Kolej Pendeta Za’ba, UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya ChM. Dr. Nur Hasyareeda Hassan atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan sepanjang menggalas amanah sebagai Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi sehingga 31 Okt 2026.
Kepimpinan, dedikasi serta komitmen yang dicurahkan pastinya telah meninggalkan impak dan kenangan bermakna dalam kalangan warga kolej. Semoga segala usaha dan bakti yang telah dicurahkan menjadi kenangan indah serta terus dihargai. Selamat maju jaya dan semoga terus melakar kejayaan dalam apa jua medan yang diceburi.
Sekian, terima kasih.
𝐾𝑒𝑡𝑒𝑟𝑙𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑡𝑒𝑙𝑢𝑠𝑎𝑛
𝙒𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙆𝙤𝙡𝙚𝙟 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙚𝙩𝙖 𝙕𝙖’𝙗𝙖,
𝙐𝙣𝙞𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞𝙩𝙞 𝙆𝙚𝙗𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖