Skip to main content
KOLEJ PENDETA ZA'BA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐔𝐀

16/11/2026

Seluruh warga Kolej Pendeta Za’ba, UKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Tengku Hasnan Tengku Abdul Aziz atas pelantikan sebagai Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi, UKM, berkuat kuasa mulai 1 November 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kepimpinan yang berwibawa, berintegriti dan berpandangan jauh dalam menerajui kecemerlangan pengurusan kolej serta pembangunan mahasiswa. Diharapkan agar amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, komitmen dan profesionalisme demi memperkukuh tadbir urus serta menyumbang kepada kecemerlangan UKM.

𝐾𝑒𝑡𝑒𝑟𝑙𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑡𝑒𝑙𝑢𝑠𝑎𝑛.

𝘋𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘵𝘶𝘭𝘶𝘴 𝘪𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴
𝗕𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻, 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗙𝗲𝗹𝗼, 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿,
𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝘁𝗮 𝗭𝗮’𝗯𝗮,
𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲/𝟮𝟬𝟮𝟳,
𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮.

© 2026 Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.