Sempena Minggu Ulang Kaji Semester 2 Sesi 2025/2026 yang berlangsung pada 29 Jun 2026 hingga 5 Julai 2026, seluruh warga Kolej Pendeta Za’ba ingin mengucapkan selamat mengulang kaji kepada semua mahasiswa/i.
Manfaatkan tempoh ini sebaiknya dengan menyusun jadual pembelajaran, mengulang kaji secara konsisten serta menjaga kesihatan fizikal dan mental agar sentiasa berada dalam keadaan terbaik menghadapi peperiksaan.
Semoga segala usaha yang dicurahkan dipermudahkan, diberikan ketenangan dalam menjawab setiap soalan, serta memperoleh keputusan yang cemerlang.