Seluruh warga Kolej Pendeta Za’ba, UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Muhammad Affizy Shaari atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah sebagai Felo Kolej Pendeta Za’ba sehingga 30 Jun 2026.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menunjukkan dedikasi, keprihatinan dan komitmen yang tinggi dalam membimbing mahasiswa serta menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan warga Kolej Pendeta Za’ba.