PEMAKLUMAN

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐅𝐄𝐋𝐎 𝐊𝐄𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓

Warga Kolej Pendeta Za’ba, UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Muhammad Naeimmuddin Zakaria atas pelantikan sebagai Felo Kehormat Kolej Pendeta Za’ba berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap komitmen, dedikasi serta sumbangan berterusan beliau dalam memartabatkan Kolej Pendeta Za’ba dan memperkasa pembangunan mahasiswa.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat terus dilaksanakan dengan cemerlang, menjadi inspirasi kepada seluruh warga kolej serta membawa Kolej Pendeta Za’ba ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Tahniah, Cikgu Naeim! Selamat menjalankan amanah sebagai Felo Kehormat Kolej Pendeta Za’ba. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan melakar lebih banyak kejayaan dalam meneruskan khidmat bakti kepada warga KPZ.
Translate »