PEMAKLUMAN

TAHNIAH WARGA KPZ

Warga Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Sdri. Nurul Husna Zulkepli, Mantan Eksekutif Sukan & Rekreasi Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2025/2026, atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam acara Futsal Wanita Pahang pada SUKMA Selangor 2026.
 
Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan buat seluruh warga KPZ serta membuktikan bahawa kecemerlangan mahasiswa bukan sahaja terserlah dalam bidang akademik, malah turut digarap melalui kesungguhan, disiplin, semangat kesukanan dan kepimpinan.
 
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa KPZ untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, mengharumkan nama kolej serta mengangkat martabat Universiti Kebangsaan Malaysia di persada yang lebih tinggi.
 
Sekian, terima kasih.
Translate »