Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua Barisan Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba, UKM bagi Sesi Akademik 2026/2027.
Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen. Diharapkan agar kepimpinan yang diterajui mampu menjadi pemangkin kepada kecemerlangan, memperkukuh kebajikan mahasiswa serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Kolej Pendeta Za’ba ke arah merealisasikan visi dan aspirasi kolej.