PEMAKLUMAN

TAHNIAH WARGA KPZ

Warga Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada En. Muhammad Iqbal Abu Latiffi, Felo Kolej Pendeta Za’ba, atas penglibatan sebagai Pembangun Utama Portal Komuniti Damai sempena Karnival Komuniti Madani Wira Damai, anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen serta sumbangan kepakaran dalam pemerkasaan komuniti dan pembangunan masyarakat, selari dengan aspirasi untuk memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dengan komuniti.

Semoga sumbangan ini terus memberi impak positif dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga KPZ.

Sekian, terima kasih.

Translate »