Skip to main content
KOLEJ PENDETA ZA'BA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐓𝐀 𝐙𝐀’𝐁𝐀

16/11/2026

Kolej Pendeta Za’ba telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Organisasi pada 20 Oktober 2026 bertempat di Dewan Besar, Kolej Pendeta Za’ba.

Bengkel ini telah menjadi platform yang bermanfaat dalam meningkatkan kefahaman serta memantapkan kemahiran peserta berkaitan pengurusan organisasi dan kepimpinan. Melalui perkongsian ilmu dan pendedahan yang diberikan, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi dengan lebih cekap, sistematik dan berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof Madya Ts. Dr. Saiful irwan Zubair dan semua pihak yang telah menjayakan bengkel ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada pembentukan kepimpinan yang berkualiti serta pengurusan organisasi yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

𝐾𝑒𝑡𝑒𝑟𝑙𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑡𝑒𝑙𝑢𝑠𝑎𝑛.

𝙒𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙆𝙤𝙡𝙚𝙟 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙚𝙩𝙖 𝙕𝙖’𝙗𝙖,
𝙐𝙣𝙞𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞𝙩𝙞 𝙆𝙚𝙗𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖.

© 2026 Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.