PEMAKLUMAN
𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 & 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐍𝐀𝐄𝐈𝐌
Warga Kolej Pendeta Za’ba, UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Muhammad Naeimmuddin Zakaria atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang memegang amanah sebagai Ketua Majlis Felo Kolej Pendeta Za’ba bagi tempoh 5 Mac 2021 hingga 30 Jun 2026.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, kepimpinan, dedikasi dan komitmen beliau telah menyumbang kepada pembangunan, kebajikan serta kecemerlangan warga Kolej Pendeta Za’ba. Segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan amat dihargai dan akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah kolej.
𝘗𝘪𝘴𝘢𝘯𝘨 𝘦𝘮𝘢𝘴 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘣𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘳,
𝘔𝘢𝘴𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘣𝘪𝘫𝘪 𝘥𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘱𝘦𝘵𝘪;
𝘏𝘶𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘦𝘮𝘢𝘴 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳,
𝘏𝘶𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘶𝘥𝘪 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘪.
Terima kasih atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang menerajui Majlis Felo Kolej Pendeta Za’ba. Semoga segala usaha yang telah disemai menjadi amal yang berpanjangan serta dipermudahkan urusan dan terus dikurniakan kejayaan dalam setiap amanah di peringkat seterusnya.
Terima kasih, Cikgu Naeim. Selamat maju jaya dan semoga terus melakar kecemerlangan di peringkat seterusnya. Jasa dan baktimu sentiasa dikenang. 
Sekian, terima kasih.
