MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Impak Inisiatif ‘Belt and Road’ terhadap Dagangan Agrikultur di Kalangan Negara Asia: Peranan Integrasi Kewangan

Grant Category, Year:  Cluster Research Grant, 2017 

Abstract

Pada tahun 2013, China telah mencadangkan satu inisiatif baru bagi meningkatkan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi. Inisiatif tersebut dinamakan sebagai “Belt and Road Initiative” (BRI) di mana ia bertujuan mengembangkan laluan maritim dan rangkaian infrastruktur tanah yang menghubungkan negara China dengan Asia, Afrika dan Eropah. Antara keutamaan yang digariskan dalam program transformatif ini adalah integrasi kewangan yang dijangkakan dapat menjana pertumbuhan perdagangan di antara negara yang terlibat. Oleh itu, dengan menggunakan model data panel dinamik di negara BRI khususnya negara Asia, kajian ini ingin mengkaji peranan integrasi kewangan terhadap prestasi perdagangan khususnya di sektor pertanian. Selain itu, kajian ini mengkaji kesan integrasi kewangan dengan lebih mendalam di mana integrasi kewangan tersebut dipecahkan kepada empat jenis iaitu; (i) liabiliti pelaburan lansung asing (FDI) dan liabiliti ekuiti, (ii) liabiliti hutang, (iii) aset ekuiti dan aset pelaburan lansung asing (FDI), dan (iv) aset hutang. Kemudian, kajian ini ingin melihat kesan halangan perdagangan yang digubal oleh negara rakan dagangan dalam mempengaruhi perdagangan pertanian di negara Asia. Dapatan daripada kajian ini dijangka dapat merumuskan beberapa perkara penting yang amat berguna kepada penggubal dasar untuk merangka strategi baharu atau mempertingkatkan dasar sedia ada bagi memastikan perdagangan pertanian negara dapat menerima manfaat daripada program BRI ini.

Project Leader

Hawati Janor (Faculty of Economics and Management, )