MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Pelancongan Agrosawit dalam Kalangan Pekebun Kecil

Grant Category, Year:  Cluster Research Grant, 2020 

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu explorasi tentang pelancongan agrosawit di Malaysia, dengan tumpuan kepada negeri Perak dan Selangor. Tujuan kajian ialah untuk mengenalpasti kedudukan semasa pelancongan agrosawit dan seterusnya meneliti apakah faktor yang menyebabkan pelancongan agrosawit kurang menyerlah di Malaysia. Sehubungan itu, kaedah penyelidikan dilakukan dalam dua peringkat iaitu peringkat makro dan satu lagi di peringkat mikro; dengan kes kajian di kawasan terpilih di Selangor dan Perak. Hasil kajian yang mengemukakan status semasa dan potensi di peringkat makro, dan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan pelanconga agrosawit. Dalam masa yang sama, kes kajian dapat menyelusuri permasalahan dua situasi kawasan atau destinasi; iaitu kawasan yang mempunyai ekosistem kelapa sawit yang luas, namun, tidak menawarkan pelancongan agrosawit, kedua, pengusaha homestay yang berada dalam lingkungan perkebunan kecil hanya menawarkan sebahagian kecil pengalaman agrosawit.Hasil kajian ini dijangkakan memberikan implikasi langsung kepada pekebun kecil tentang pelancongan agrosawit; dan potensi kawasan/ destinasi baru yang mempunyai ekosistem perkebunan kelapa sawit sebagai pelancongan agrosawit. Seterusnya, kajian ini memberikan implikasi kepada pihak berkepentingan, MPOB, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi Malaysia dan Persatuan Homestay Malaysia, agar melihat dan membangunkan pelancongan agrosawit adalah satu sumber value chain yang mengukuhkan kelestarian pekebunan kecil kelapa sawit di Malaysia. Cadangan strategik pelancongan agro sawit akan memudahkan para pekebun kecil kreatif mempakej pelancongan agrosawit mengikut segmen pasaran.

Project Leader

Habibah Ahmad (Faculty of Social Sciences and Humanities, ha@ukm.edu.my)