MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Pembinaan Model Kelestarian Produktiviti Pekebun Kecil Sawit dalam Waktu Era Konflik di Eropah

Grant Category, Year:  Small Research Grant, 2022 

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang akan memanfaatkan kedua-dua jenis data primer dan sekunder bagi menganalisis impak konflik Rusia-Ukraine terhadap pekebun kecil sawit di Malaysia. Data primer akan diperolehi menerusi kerja lapangan yang menyasarkan tiga kumpulan informan iaitu pekebun kecil, agensi kerajaan berkaitan dan pihak pemegang taruh lain. Data sekunder pula akan diperoleh menerusi laporan dan statistik rasmi berkenaan industri sawit yang melibatkan pekebun kecil, serta kajian akademik dan laporan akhbar semasa. Dari aspek teknik pengumpulan data, tiga teknik (atau strategi) yang akan digunapakai. Hasil kajian ini diharapkan dapat disalurkan kepada pihak yang berwajib bagi menangani isu ini dengan lebih berkesan. Dapatan daripada hasil kajian ini akan membuka ruang untuk membentuk model yang mampan untuk memastikan kelestarian produktiviti sawit dalam kalangan pekebun sawit tidak terjejas ketika konflik atau peperangan. Impak kepada penyelidikan ini ialah dapat menyedarkan kesatuan Eropah tentang konsep keterbergantungan(interdependent) dalam perdagangan, dan Malaysia wajar menggunakannya sebagai strategi atau senjata supaya Kesatuan Eropah menarik semula kempen anti sawit dan boikot yang dilakukan kepada minyak sawit.

Project Leader

Azlizan Mat Enh (, )