MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Pengesanan dan Kawalan Penyakit Tanaman Kelapa Sawit Berasaskan Model Pembelajaran Mendalam

Grant Category, Year:  Small Research Grant, 2021 

Abstract

Kelapa sawit merupakan antara komoditi penting di Malaysia. Ia memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara dan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain daripada petroleum dan getah. Namun begitu perkembangan sektor sawit di Malaysia menghadapi beberapa cabaran. Antaranya ialah harga sawit yang kurang stabil, masalah pengeluaran hasil sawit yang kurang konsisten, kekurangan tenaga buruh dan ancaman penyakit yang menyerang pada peringkat awal tanaman. Penyakit ini mengganggu pertumbuhan tanaman kelapa sawit dan boleh mengurangkan pengeluaran minyak sawit. Seterusnya, ia boleh menyebabkan kerugian besar dalam pengeluaran jika tidak dikawal. Teknologi dapat membantu dalam mengenal pasti penyakit pada peringkat awal. Dengan bantuan teknologi, kaedah pencegahan dan rawatan yang berkesan dapat diberikan dengan segera. Bagi industri sawit beberapa penyakit yang boleh menjejaskan industri pengeluaran minyak sawit telah dikenalpasti. Penyakit tanaman sawit disebabkan oleh faktor genetik dan kulat. Penyakit tanaman sawit sukar dikesan kerana penyakit ini tersembunyi di dalam tekstur daun, tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ia juga sukar untuk diperiksa kerana keadaan pokok yang tinggi. Kecerdasan buatan (AI) merupakan bidang ilmu pengetahuan terkini yang sedang digunakan secara meluas dalam bidang pertanian. Salah satu bidang AI adalah computer vision yang di dalamnya terdapat topik image classification dan object detection. Algoritma pembelajaran mendalam (deep learning) banyak digunakan di dalam bidang computer vision karena ketepatannya yang tinggi. Oleh itu, penyelidikan ini mencadangkan kaedah pengesanan jenis penyakit tanaman kelapa sawit berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Kecerdasan buatan dapat menganalisa imej-imej yang diambil oleh dron atau kamera bagi membantu sistem membuat keputusan. Penyelidikan ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan teknologi AI untuk pemprosesan imej menggunakan algoritma pembelajaran mendalam.

Project Leader

Nor Samsiah Sani (, )