MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Penggunaan Buruh Tempatan dan Peningkatan Produktiviti Pertanian Kelapa Sawit

Grant Category, Year:  Cluster Research Grant, 2020 

Abstract

Pemberhentian perkerja asing telah memberi kesan kepada pembangunan sektor pertanian kelapa sawit. Justeru kebergantungan terhadap buruh asing akan berubah kepada penggunaan buruh tempatan sepenuhnya. Pandemik Covid 19 juga menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan buruh asing diberhentikan terutamanya di Sarawak. Justeru, adakah orang tempatan sanggup menyahut cabaran ini terlibat dalam sektor pertanian bagi memastikan industri sawit negara tidak terjejas dengan pemberhentian pekerja asing? Peranan utama harus dimainkan oleh PKS sendiri dalam memastikan produktiviti hasil tidak terjejas. Berdasarkan penyataan masalah ini, objektif kajian ini cuba;
i. Mengenalpasti langkah menggalakkan penggunaan buruh tempatan dalam kalangan PKS.
ii. Mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh PKS sendiri dalam memperkasakan buruh tempatan.
iii. Mengenalpasti pelan peralihan yang dilaksanakan oleh PKS setelah pemberhentian pekerja asing dan penggunaan tenaga buruh tempatan.
iv. Mengenalpasti hubungkait antara penggunaan buruh tempatan dengan peningkatan produktiviti.
v. Mencadangkan strategi untuk meningkatkan produktivi buruh tempatan dalam sektor pertanian kelapa sawit.

Kajian ini akan dilakukan di Serian, Sarawak. Seramai 100 orang PKS yang menggunakan perkhidmatan buruh akan dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik. Di samping itu, temubual juga akan diadakan bersama PKS yang terpilih di samping pemimpin masyarakat.

Project Leader

Suhana Saad (Faculty of Social Sciences and Humanities, suhanasaad@ukm.edu.my)