MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Pengurusan Counter Propaganda (Gerak Saraf) Laporan Negatif Isu Kelapa Sawit melalui Youtube untuk Komuniti Pekebun Sawit dan Pegawai MPOB Atas Talian

Grant Category, Year:  Cluster Research Grant, 2017 

Abstract

Kemajuan teknologi yang bergerak pantas sememangnya tidak dapat dikekang atau dibendung lagi. Secara realitinya, setiap perubahan dan pengembangan ini pasti memberi impak yang besar dalam sistem sosial masyarakat. Hakikatnya, masyarakat akan lebih mudah mendapat maklumat dalam setiap segi dan maklumat tersebut dapat dikongsi dengan cepat dalam sistem jaringan sosial. Tidak kurang juga maklumat yang berkaitan dengan pertanian, seperti tanaman sawit. Namun, perkembangan teknologi juga telah menyebabkan tersebarnya pelbagai bahan audio visual (video pendek) di youtube yang menceritakan tentang kesan (keburukan) kelapa sawit ke atas kesihatan dan alam sekitar (RUJUK LAMPIRAN A). Para pekebun kecil sawit persendirian dilihat kurang mendapat pendedahan tentang penyebaran dan cara penggunaan teknologi maklumat yang sedia ada. Walaupun terdapat kursus jangka pendek yang ditawarkan kepada mereka, namun pelbagai faktor (fizikal) menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti kursus-kursus tersebut. Antara lain kekurangan kepakaran tenaga kerja (pegawai dari MPOB) juga menjadikan proses penyampaian maklumat ini lebih sukar.
Hakikatnya, majoriti kawasan pekebun kecil sawit persendirian mempunyai akses kepada Internet. Mereka mampu menyebarkan informasi melalui Internet bagi menyangkal dakwaan tentang pandangan negatif yang ditonjolkan oleh netizen ke atas kesan penanaman sawit kepada alam sekitar. Justeru, pendedahan tentang maklumat-maklumat ini dapat membuka mata pekebun sawit serta pegawai-pegawai MPOB tentang kepentingan memuatnaik kebaikan-kebaikan serta kelebihan industri perladangan sawit sedia ada dalam proses memaparkan teknik-teknik tanaman sawit yang berproduktiviti tinggi dan sealiran dengan saranan daripada pihak MPOB sendiri yang mesra alam sekitar. Teknik-teknik yang buleh dimuatnaik ke laman sosial bagi memberi idea kepada masyarakat tentang praktis atau amalan sedia ada seperti a) teknik aktiviti ladang yang baik untuk dipaparkan kepada masyarakat luar, b) teknik kawalan penyakit dan perosak sawit dengan penggunaan kaedah semulajadi, c) teknik pengurusan jalan, parit & air yang dapat menjaga alam sekitar dan mengikut prosedur standarad persekitaran, d) projek integrasi sawit akan dirakamkan dan seterusnya dimuatnaik ke laman web MPOB untuk dilihat dan dipraktikkan oleh pekebun kecil sawit persendirian.
Kerja-kerja penyelidikan akan dilakukan di kawasan Temerloh, Pahang dan Gua Musang, Kelantan dengan dibantu oleh pegawai berkenaan dari MPOB. Bahan-bahan youtube dari media sosial yang dipilih sebgai bahan kajian akan dipertontonkan kepada pekebun kecil sawit dan juga pegawai MPOB dan idea-idea tentang counter propaganda (gerak saraf) akan dibincangkan bersama dalam mengaplikasikan maklumat sedia ada kepada meklumat di media sosial.

Project Leader

Mohd. Nor Shahizan Ali (Faculty of Social Sciences and Humanities, shahizan@ukm.edu.my)