MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Peningkatan Pendapatan Pekebun Kecil melalui Perniagaan; Generasi Kedua dan Produk Hiliran MPOB

Grant Category, Year:  Cluster Research Grant, 2020 

Abstract

Dengan harga pasaran global kelapa sawit yang tidak stabil, pendapatan pekebun kecil sawit (PKS) semakin terjejas. Usaha perlu dijalankan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dalam usaha meringankan beban kehidupan mereka. Antara usahanya ialah mengalakkan pekebun kecil terlibat dengan perniagaan. Antara isu utama dalam memulakan aktiviti perniagaan ialah memilih produk yang sesuai untuk diniagakan. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di MPOB telah banyak menghasilkan produk berkualiti samada dalam bentuk protaip atau sedia dipasarkan. Namun, tidak ramai usahawan yang berminat untuk memasarkan hasil penyelidikan tersebut.
Oleh itu, kajian ini bertujuan menjalankan model perniagaan daripada produk hiliran yang telah dihasilkan oleh organisasi berkaitan industri kelapa sawit seperti MPOB serta organisasi lain. Kajian ini berbentuk aplikasi di mana perniagaan dimulakan oleh pekebun kecil persendirian dengan menjual/memasarkan produk hiliran daripada hasil MPOB Transfer of Technology (TOT). Kajian bermula dengan survei bagi memilih sampel di kalangan pekebun kecil yang sesuai sebagai usahawan. Peringkat kedua, perbincangan dan kajian dilakukan antara penyelidik, pihak MPOB dan calon usahawan bagi memilih produk hiliran yang sesuai untuk perniagaan. Peringkat ketiga ialah perniagaan bermula selepas pemilihan lokasi serta premis telah dikenalpasti. Permantauan akan dibuat oleh penyelidik serta pihak MPOB dalam menilai penjalanan perniagaan tersebut. Permantauan ini akan dibuat secara berkala selama satu (1) tahun.
Kajian ini juga menyahut cadangan kerajaan untuk mengembangkan hasil kelapa sawit bukan hanya daripada minyak semata-mata. Industri sawit termasuk dalam Bidang Ekonomi Utama (NKEA) yang antara usaha mengekalkan kompetitif sawit negara ialah industri ini perlu menerokai produk hiliran yang bernilai tambah tinggi (Nor Erma, 2016). Diharapkan hasil penyelidikan ini dapat menjadi model perniagaan bagi meningkat pendapatan pekebun kecil persendirian.

Project Leader