MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Perisian Alat Timbang Kenderaan bagi Kelapa Sawit: Kajian dari Aspek Penguatkuasaan terhadap Perundangan Sedia Ada

Grant Category, Year:  Small Research Grant, 2023 

Abstract

Mekanisme undang-undang yang jitu sangat diperlukan bagi memastikan bahawa industri minyak sawit sentiasa mampan dan berdaya maju. Namun begitu, insiden seperti manipulasi perisian alat timbang kenderaan bagi kelapa sawit sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada industri itu sendiri. Walaupun operasi bersepadu sering diadakan untuk memastikan ketepatan alat penimbang dan mencegah aktiviti penipuan dalam industri minyak sawit, ketiadaan peruntukan akta yang khusus menyebabkan penguatkuasa sukar membuat pendakwaan yang sesuai bagi kesalahan yang dilakukan. Memandangkan perlakuan manipulasi ini sering berlaku, adalah penting untuk mekanisme undang-undang untuk dikaji semula dan dinilai. Untuk memastikan bahawa perkara ini dapat dicapai, maka kajian yang diadakan perlu mengenalpasti permasalahan yang melibatkan aspek penguatkuasaan terhadap kesalahan yang dilakukan berkaitan manipulasi alat timbang kenderaan bagi kelapa sawit, mengkaji mekanisme perundangan sedia ada bagi alat timbang kenderaan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 (akta 71), menghuraikan implikasi daripada manipulasi alat timbang kenderaan bagi kelapa sawit terhadap pekebun kecil dan pendapatan Negara dan seterusnya membangunkan cadangan penambahbaikan peruntukan di dalam akta timbang dan sukat yang jelas bagi melindungi pihak berkuasa khususnya dalam metrologi undang-undang. Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik akan menggunakan pendekatan gabungan antara penyelidikan perpustakaan dan kerja lapangan dengan cara mengaplikasikan teori dan prinsip undang-undang semasa kepada data yang dikumpul daripada penyelidikan perpustakaan dan kerja lapangan yang melibatkan pihak berkepentingan di Malaysia. Hasil penyelidikan ini akan dapat melindungi hak pihak berkuasa dalam pematuhan Metrologi Undang- Undang dan seterusnya dapat membendung kegiatan manipulasi alat timbang secara tidak bertanggungjawab terhadap pekebun kecil, menjadi panduan dan pegangan pengamal perundangan dalam melaksanakan tanggungjawab menegakkan keadilan, di samping dapat membuat pertuduhan seterusnya menjatuhkan hukuman kepada pihak yang melakukan kesalahan, dan memberi sumbangan kepada Negara dan komuniti dalam memelihara persekitaran perniagaan dan perdagangan yang telus serta melindungi pengguna dari kegiatan perniagaan yang tidak beretika.

Project Leader