MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Perkaitan antara Hubungan Kekeluargaan, Ekonomi Keluarga, Peranan Keluarga dan Komuniti terhadap Produktiviti Kerja dalam Kalangan Pekebun Kecil Sawit

Grant Category, Year:  Cluster Research Grant, 2020 

Abstract

Sejajar dengan matlamat pembangunan lestari (DSG) untuk memastikan kelangsungan hidup pekebun kecil sawit di Malaysia, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Banyak kajian lepas telah membuktikan kaitan antara faktor ekonomi, persekitaran dan bantuan daripada pihak kerajaan mampu menggalakkan pekebun kecil sawit ini agar terus berdaya saing. Namun begitu, elemen kekeluargaan kurang dikaji dalam memperkasa produktiviti komuniti pekebun kecil sawit untuk berdaya tahan. Logiknya, keseimbangan diri dan keluarga mampu meningkatkan produktiviti kerja seseorang pekebun kecil sawit. Oleh itu, kajian ini umumnya bertujuan mengkaji perkaitan antara hubungan kekeluargaan, ekonomi keluarga, peranan keluarga dan komuniti serta produktiviti kerja dalam kalangan komuniti pekebun kecil sawit di Saratok, Serawak. Kajian kuantitatif ini mensasarkan 80-100 orang pekebun kecil sawit di Saratok, Serawak. Hasil kajian dijangka menunjukkan perkaitan antara semua domain alat ujian membuktikan hubungan baik antara pekebun kecil sawit dengan ahli keluarga mampu meningkatkan produktiviti kerja mereka. Justeru, hasil akhir kajian ini berhasrat agar apabila hubungan kekeluargaan yang kuat mampu melahirkan generasi pewaris dan mengembangkan kerjaya sebagai pekebun sawit yang berjaya.

Project Leader

Noordeyana Tambi (Faculty of Social Sciences and Humanities, deyana@ukm.edu.my)