MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Prestasi Koperasi Pekebun Kecil Sawit di Malaysia ke Arah Pengurusan Lestari

Grant Category, Year:  Small Research Grant, 2022 

Abstract

Malaysia merupakan antara pengeluar minyak sawit terpenting di dunia dan komoditi ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Industri sawit juga memberi sumbangan kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat di Malaysia terutama dalam membasmi kemiskinan. Ia dilihat melalui peningkatan pendapatan pekebun kecil dan pengurangan jurang perbezaan di antara penduduk bandar dan luar bandar melalui penyediaan penempatan semula secara menyeluruh masyarakat di kawasan luar bandar. Disamping itu, kerajaan Malaysia turut menyediakan pelbagai platform, agensi dan lain-lain dalam usaha menaik taraf kualiti kehidupan mereka yang terlibat dalam pertanian. Ini termasuklah galakan oleh pihak kerajaan kepada pekebun kecil dalam menyertai koperasi. Koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan pemerkasaan petani tempatan di Malaysia. Ini termasuklah koperasi yang ditubuhkan khusus bagi pembangunan industri sawit. Koperasi dilihat mampu menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat luar bandar ataupun miskin bandar seperti penciptaan peluang pekerjaan, perniagaan dan peningkatan pendapatan. Pengurusan koperasi yang cekap, mempunyai visi dan strategi yang jelas sangat membantu perkembangan koperasi dan memudahkan proses membantu ahli meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. Walaupun diiktiraf sebagai sebuah entiti penting dalam pembangunan masyarakat, namun kajian mengenai aspek pengurusan dan tingkah laku koperasi sebagai sebuah organisasi masih terhad dan lebih menfokus kepada penelitian faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi koperasi am (Sushila et a. 2010; Suraiya et al. 2020). Kajian ini adalah penting dalam mengenalpasti tahap kecekapan pengurusan koperasi di Malaysia agar masalah asas pengurusan dapat dikenalpasti dan strategi yang terbaik dapat disusun untuk memperkasakan lagi organisasi koperasi di Malaysia.

Project Leader

Riayati Ahmad (Faculty of Economics and Management, )