Pre-Kolokium Siswazah SEADPRI 2025: Kukuhkan Kualiti Penyelidikan Pelajar LESTARI

17 September 2025 – Pre-Kolokium Siswazah Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM), LESTARI 2025 telah diadakan secara atas talian melalui aplikasi Microsoft Teams. Program anjuran Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) ini memberi peluang kepada pelajar siswazah membentangkan kemajuan penyelidikan masing-masing sebagai persediaan untuk Kolokium Siswazah LESTARI 2025 yang akan diadakan pada 15-16 Oktober 2025.

Matlamat utama penganjuran ialah membantu pelajar menambah baik kandungan dan cara penyampaian penyelidikan melalui sesi pembentangan serta maklum balas daripada penyelia dan rakan penyelidik. Tiga pelajar Pusat SEADPRI telah berkongsi penyelidikan berkaitan tindakan iklim bandar, daya tahan komuniti terhadap banjir dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Program ini memberi impak positif dengan memperkukuh keyakinan pelajar, meningkatkan kefahaman terhadap isu-isu kelestarian serta menggalakkan budaya penyelidikan yang aktif dan berdaya saing dalam kalangan warga Pusat SEADPRI-UKM dan LESTARI.

Disediakan oleh Mohd Fairus Awang
17 September 2025