Khidmat Kepakaran di dalam Kajian dan Usaha Berkaitan Konvensyen Stockholm dan Inventori POPs

23 Jun 2025 – Kumpulan penyelidik dari LESTARI telah hadir dan terlibat di dalam Sesi Libat Urus Kajian Pengurusan dan Pengumpulan Data Inventori Bahan Kimia Industri Persistent Organic Pollutants (POPs) Selaras dengan Konvensyen Stockholm yang telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia dan UKM Pakarunding (UKMP). Aktiviti ini telah diadakan bagi membincangkan, memaklumkan dan mendapatkan maklum balas mengenai status pengurusan bahan kimia industri POPs yang dikawal di bawah Konvensyen Stockholm di Malaysia. Pasukan pakar dari LESTARI telah diketuai oleh Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta dan disertai oleh Dr. Aziemah Zulkifli, Dr. Aida Soraya Shamsuddin dan En. Mahathir Amir.

Sesi ini telah dihadiri oleh wakil-wakil agensi JAS dan wakil-wakil daripada pihak industri. Perbincangan terperinci telah dilakukan bagi memahami situasi bahan POPs industri di Malaysia dan hala tuju berkaitan dengan pengurusan bahan POPs serta pelaksanaan Konvensyen Stockholm di Malaysia. Malaysia telah menandatangani Konvensyen ini pada pada 16 Mei 2002 dan di dalam usaha yang berterusan bagi menambahbaik pengurusan bahan POPs di Malaysia.

Disediakan oleh Mohamad Mahathir Amir Sultan
23 Jun 2025