Penglibatan CMRG LESTARI di IUPAC World Chemistry 2025

14-19 Julai 2025 – Malaysia telah mencatatkan sejarah menjadi tuan rumah kepada World Chemistry Congress (WCC 2025) yang merupakan antara acara global terbesar berkaitan dengan bidang kimia. Penganjuran ini telah diketuai oleh Institut Kimia Malaysia (IKM) dengan sokongan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan bidang ini termasuk dari sektor akademia, kerajaan dan swasta. LESTARI menerusi Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Bahan Kimia (CMRG) telah terlibat secara bersama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), bekerjasama di dalam penganjuran simposium bertajuk SDG13: Climate Action [Sustainable & Green Chemistry] pada 16 Julai 2025.

Penglibatan LESTARI adalah menerusi Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta yang terlibat sebagai pengerusi beberapa sesi di samping di dalam sesi latihan tertutup. En. Mahathir Amir dan En. Amirul Amri juga telah terlibat sebagai koordinator bagi sesi simposium yang dijalankan. Penglibatan ini membuka peluang jaringan serta menambahkan keteserlahan kumpulan penyelidikan di dalam bidang pengurusan bahan kimia di Malaysia.

Disediakan oleh Mohamad Mahathir Amir Sultan
19 Julai 2025