Mesra & Lestari: Meraikan Lima Pelajar Baharu Semester 2 Sesi 2024/2025

14 Mac 2025 – Program Hari Mesra Pelajar LESTARI Semester 2 Sesi 2024/2025 telah dianjurkan untuk memberi taklimat mengenai Program Pengajian Pascasiswazah (Mod Penyelidikan) di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI). Program ini menerapkan elemen “Mesra Pelajar” dalam hal ehwal pengurusan siswazah di LESTARI UKM, selain memainkan peranan penting dalam mengukuhkan sokongan kepada pelajar siswazah, terutama dalam membentuk komuniti siswazah yang aktif dan saling menyokong. Walaupun dijalankan secara atas talian, program berjaya mencapai objektif asasnya — iaitu membina komunikasi dan pemahaman yang lebih baik antara pelajar dengan pihak pengurusan.

Dalam program ini, pelajar baharu turut berkesempatan untuk berkenalan dengan Felo Akademik dan sekretariat siswazah LESTARI. Peranan penyelia dan sekretariat siswazah amat penting dalam memastikan pengajian pascasiswazah berjaya ditamatkan dengan jayanya. Program ini juga merupakan satu keraian kepada pelajar baharu yang mendaftar sebagai pascasiswazah LESTARI. Tahniah dan selamat datang!

Disediakan oleh Nur Amira Ahmad
14 Mac 2025