Lawatan Teknikal ke Toba Caldera UNESCO Global Geopark, Indonesia

12 Oktober 2025 – Sebagai usaha memperkukuh kerjasama serantau, delegasi Lenggong Geopark telah mengadakan Lawatan Teknikal ke Toba Caldera UNESCO Global Geopark di Indonesia, anjuran Badan Pengurusan Lenggong Geopark. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari amalan terbaik dalam pemuliharaan geotapak, pemerkasaan komuniti dan pembangunan geopelancongan. Delegasi Geopark Lenggong terdiri daripada seramai hampir 45 orang, wakil daripada badan pengurusan, agensi kerajaan dan komuniti tempatan, termasuk Prof. Dr. Norhayati Ahmad, Ketua Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG), LESTARI, UKM selaku Ahli Jawatankuasa Panel Pakar Lenggong Geopark.

Delegasi mengunjungi pelbagai tapak penting termasuk geotapak, pusat interpretasi dan inisiatif komuniti untuk melihat integrasi antara warisan geologi, alam tabii dan sosio-ekonomi setempat. Mereka juga mengadakan sesi rasmi dengan pengurusan Toba Caldera UNESCO Global Geopark untuk membincangkan peluang kerjasama masa depan dalam bidang pendidikan, pertukaran pengetahuan dan program komuniti.

Disediakan oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad
12 Oktober 2025