Pembangunan GeoSlide untuk Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh

Sumber: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

13 Mei 2025 – Satu sistem bersepadu telah dibangunkan dengan menekankan keupayaan Big Data Analytics (BDA) bagi permodelan ramalan tanah runtuh serta memperkasakan pengurusan bencana geologi berasaskan data, yang dinamakan sebagai Pengurusan Bersepadu Bencana Geologi Tanah Runtuh Negara atau akronimnya GeoSlide. Sistem ini berfungsi sebagai platform pengurusan bencana geologi tanah runtuh yang utama bagi memastikan pengurusan bencana dapat dijalankan dengan cekap dan mewujudkan komuniti yang berdaya tahan dan sentiasa bersiap siaga. Dalam kajian ini, PGeol. Dr. Lim Choun Sian daripada UKM dilantik salah seorang pakar rujuk dalam membangunkan sistem amaran awal dan menentukan nilai ambang hujan untuk tanah runtuh cetusan hujan.

Disediakan oleh Pgeol. Dr. Lim Choun Sian
13 Mei 2025