Working Group 2 (Urban) di bawah JK Teknikal Penyelidikan Geoinformasi/Geomatik Kebangsaan (JTPGGK)

8 Ogos 2025 – Mesyuarat Kumpulan Kerja WG 2: Urban Bil. 1/2025 di bawah Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan Geoinformasi/Geomatik Kebangsaan (JTPGGK) telah dijalankan secara atas talian bertujuan membincangkan, mengkaji dan mengenal pasti potensi penyelidikan serta pembangunan berkaitan tema bandar (Urban). Mesyuarat yang turut melibatkan Gs. Dr. Nuriah Abd Majid ini menekankan kepentingan penggunaan teknologi geospatial dalam pelbagai aspek penyelidikan, termasuk analisis ruang, perancangan bandar dan pengurusan sumber.
Selain itu, ia turut memainkan peranan dalam memupuk kerjasama antara agensi kerajaan dan pihak berkepentingan, meningkatkan kesedaran, serta memperkukuh komitmen terhadap pembangunan dan penyelidikan geoinformasi dalam negara. Dengan fokus kepada integrasi data, perkongsian maklumat, dan pendekatan berasaskan bukti, mesyuarat ini menjadi platform strategik untuk merangka projek penyelidikan yang relevan, menyelaras aktiviti pembangunan dan memajukan inovasi dalam bidang geoinformasi dan geomatik untuk pembangunan bandar yang mampan. Keseluruhannya, mesyuarat ini menyokong usaha negara dalam meningkatkan kapasiti penyelidikan serta memantapkan penggunaan teknologi geospatial dalam perancangan dan pembangunan bandar.
Disediakan oleh Gs. Dr. Nuriah Abd Majid
8 Ogos 2025