Pertandingan Boling LESTARI 2025 Pupuk Semangat Berpasukan dan Kesukanan

4 Disember 2025 – Seperti kebiasaan, Kelab Sosial dan Rekreasi (KSR), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) sekali lagi menganjurkan Pertandingan Boling LESTARI 2025 yang telah berlangsung dengan penuh meriah di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Edisi pada tahun ini menyaksikan saingan sengit di antara enam pasukan hebat yang terdiri daripada kakitangan akademik, pengurusan dan profesional serta kakitangan pelaksana LESTARI. Sejurus balingan bebas pertama oleh Pengarah LESTARI, Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta, pertandingan dimulakan dengan sorakan dan laungan oleh semua yang hadir bagi memberi sokongan padu kepada pasukan masing-masing. Persaingan amat dirasakan apabila setiap pasukan mempamerkan bakat-bakat terpendam di luar jangkaan dan saling pintas memintas mata jatuhan pin sehingga ke akhir perlawanan.


Hadiah berupa wang tunai dan hamper disampaikan oleh Pengarah dan juga Timbalan Pengarah LESTARI, Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim kepada semua pemenang. Acara tambah meriah dengan sesi cabutan bertuah kepada semua kakitangan, di mana hadiah pada tahun ini kebanyakannya telah disumbangkan oleh kakitangan akademik LESTARI. Menariknya, pertandingan boling pada tahun ini turut menjadi acara pertama yang disertai oleh En. Mohd Faizal Aziz, Pegawai Sains Kanan yang baru sahaja 3 hari bertugas di LESTARI, dan yang terakhir untuk En. Mohd Fairus Awang, juga Pegawai Sains Kanan yang telah berpindah ke Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), UKM. Rezeki juga nampaknya memihak kepada kedua-dua mereka apabila turut tersenarai dalam kalangan pemenang. Semoga acara sukan sebegini dapat diteruskan di tahun mendatang untuk terus memupuk ukhwah persahabatan serta semangat berpasukan dan kesukanan dalam diri setiap kakitangan LESTARI. Terima kasih dan sekalung tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa KSR dan juga pemenang-pemenang!!

Juara Berkumpulan (Kumpulan 6)

Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim

En. Mohd Fairus Awang

En. Nazren Leman

En. Muhammad Amirulamri Mohd Akhairi

 

Naib Juara Berkumpulan (Kumpulan 5)

Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta

Prof. Madya Dr. Nuriah Abd Majid

En. Mohd Faizal Aziz

Pn. Nuratikah Mahamad

 

Tempat Ketiga Berkumpulan (Kumpulan 1)

Pn. Nurul Azila Roslan@Hj. Abd Aziz

En. Norazmi Abd Kadir

En. Muhammad Hadzlan Saharin

En. Muhd Yusairi Mat Yusop

 

Disediakan oleh Nazren Leman
4 Disember 2025