Transformasi Pengalaman Geopark: Realiti Maya, Warisan Digital dan Pelancongan Lestari

9 Disember 2025 – Satu sesi perkongsian ilmu bertajuk “Transforming Geopark Experiences: Virtual Reality, Digital Heritage and Sustainable Tourism” telah disampaikan bagi membincangkan peranan teknologi digital dalam pemeliharaan warisan dan pembangunan geopark. Pembentangan ini menekankan kepentingan integrasi Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR) dalam memperkukuh pengalaman pelawat serta usaha pemeliharaan warisan geopark secara lestari.
Dalam sesi ini, Ts. Dr. Lim Chen Kim berperanan sebagai penceramah jemputan dengan berkongsi kepakaran dalam bidang warisan digital, pemetaan 3D dan e-pelancongan lestari, khususnya berasaskan kajian kes Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Program ini telah dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) secara dalam talian pada 9 Disember 2025 sempena International Seminar on Multidisciplinary Research and Innovation for Sustainable Geoparks (IMR-SG 2025) yang bertemakan “Multidisciplinary Innovation for Resilient Geoparks”. Perkongsian ilmu oleh Dr. Lim berpotensi memperluas lagi jaringan kerjasama antara institusi, memperkukuh pemahaman awam terhadap geopark, serta menyokong agenda pemuliharaan warisan dan pelancongan lestari melalui pendekatan digital inovatif.
Disediakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim
9 Disember 2025